Tuesday, 27 December 2016

KENAPA MESTI ROOIBOS






5 Sebab Utama Mengapa Teh Rooibos Organik Health Builders Mempunyai Nilai Khasiat


1. Ditanam dan tumbuh secara organik untuk kesegaran mutu yang lebih baik

Secara organik ditanam dan tumbuh di puncak kawasan terbaik penanaman teh di Daerah Maskam di Afrika Selatan untuk menawarkan kebaikan asli, Teh Rooibos Organik Health Builders ialah sejenis teh unik yang menghasilkan rasa kesegaran herba berkualiti yang sukar ditandingi.



2. Daerah Maskam, secara geografi dianugerah dengan keadaan 
terbaik untuk penanaman
Secara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan keadaan terbaik dan paling sesuai untuk penanaman tersebut. Suatu kenyataan bahawa pentingnya tahun ‘vintage’ dan kaitan ke atas rupa, warna, mutu keharumaan dan rasa daripada secawan teh tidak dapat dipersoalkan, rooibos – sejenis tanaman hidup bergantung kepada keadaan alam sekitar, altitud (ketinggian), jenis tanah, keadaan cuaca seperti hujan, kabus di peringkat tertentu pada hari tersebut, kehampiran dengan laut dan sebagainya. Secara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan kesemua yanag disebutkan di atas untuk penanaman teh rooibos.

3. Tumpuan hanya pada Rooibos
Para petani di Daerah Maskam hanya menumpukan kepada penanaman rooibos. Penumpuan ini memastikan bahawa estet rooibos memenangi hadiah penghasilaan mutu terbaik dalam industri ini. Penumpuan menanam rooibos, dengan dibantu oleh iklim mikro unik menghasilkan teh rooibos herba bermutu yang sukar ditandingi. Tidak seperti petani di Daerah Sanveld yang menanam lain-lain hasil tanaman selain rooibos, petani-petani di Daerah Maskam lebih mementingkan selok-belok penanaman rooibos.

4. Altitud (ketinggian), faktor kemenangan
Walaupun rooiboi boleh ditanam di sebarang ketinggian, iklim mikro amatlah dititik-beratkan. Syarat utama ialah lebih tinggi ia ditanam, teh yang lebih baik akan dihasilkan. Sebabnya adalah mudah: udara yang lebih sejuk menghalang kelajuan penumbuhan tanaman, dan dengan itu memaksa ia menghasilkan dedaun yang lebih lembut dengan mutu rasa yang lebih baik. Di altitud yang lebih rendah, keseluruhaan tanaman akan tumbuh dengan lebatnya, sekaligus menghasilkan ete yang lebih kasar dan mempunyai rasa yang kurang sedap / elok. Ketinggian di atas paras laut bagi Daerah Maskam ialah kira-kira 900m dan bagi Daerah Sanveld ialah 450m. Purata suhu musim panas dan musim sejuk ialah masing-masing 25 darjah dan 19 darjah. Iklim mikro suhu rendah altitud tinggi ini telah berjaya meraihkan 7 anugerah pingat emas untuk daerah ini, sepanjang 10 tahun lalu.
Kawasan gunung-gunung tersebut yang terletak di dalam dan di atas jalur kabus mempunyai tanah-tanih terbaik yang sesuai untuk penanaman serta penghasilan rooibos yang terbaik. Dari dulu hingga sekarang, di kawasan inilah terdapat rooibos yang tumbuh meliar secara asli.

5. Visi & misi
Kaedah yang digunakan juga menyumbang kepada cara penghasilan terakhir rooibos. Kemudahan pempasteuran yang terletak di tengah kawasan pengeluaran Maskam, menunjukkan bahawa ia berada di lokasi strategik yang memudahkan kesemua proses teh rooibos yang dikutip dari daerah sekeliling.
Pengeluar kami, Maskam Redbush Limited mempunyai visi untuk mengeluarkan teh rooibos bermutu tinggi yang paling konsisten dan memberi suatu barangan berintegriti kepada pelanggan yang dibuat melalui kawalan proses asli dari mula hingga akhir … dari tanaman hingga ke cawan.
Disebabkan industri ini sentiasa berubah, Maskam Redbush Limited juga berniat untuk menetapkan tahap baru bagi industri rooibos serta memaju dan menaikkan taraf keseluruhan industri untuk faedah semua yang terlibat.

Sebab itulah dengan gabungan semua ciri jualan unik (USP) –dari daerah asal di mana tanaman teh rooibos ditanam, sehingga ke proses pengeluaraan sebenar, cara pemasaran dan akhirnya sehingga ke mutu teh di dalam cawan, Teh Rooibos Organik Health Builders telah disahkan oleh Ecocert International of Germany sebagai menepati syarat-syarat Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) mengenai pengeluaran barangan organik.

Ini bermakna yang Teh Rooibos Organik Health Builders adalah bebas daripada bahan kimia. Sesungguhnya, ia bersih dan asli. Anda kini dapat menikmati kebaikan khasiat Teh Rooibos Organik Health Builders tanpa perlu bimbang tentang bahan kimia.

No comments:

Post a Comment